Jom Jadi Follower ana

Sunday, February 28, 2010

SOLAT ITU SOAL PERIBADI????

Jika TEMPOH HARI ana bawakan citer ttg di Jepun.. skrg jomm.. kiter tgk situasi di Malaysia gak… cam ne tanggapan orang Islam sendiri ttg solat…!!! Jomm baca..

Encik A : Maaf..!! solat ini soal peribadi…Siapa yang nak buat silalah. Dah ada surau pun dlam bangunan ini. SIAPA YANG TAK MAHU, TAK BOLEH PAKSA. Itu hal masing2.


Ustaz : Ya, solat tidak boleh dipaksa. Tetapi kite sebagai saudara seislam, wajib mengingatkan, saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal peribadi……


Encik A : Mengapa???

Ustaz : Solat itu mencegah seseorang daripada kejahatan dan kemungkaran.

Encik A : Itu saya taw, solat boleh mencegah kemungkaran. Saya pun selalu juga dengar kuliah-kuliah Subuh. Tapi ini dalam syarikat, kite tidak perlu mengulang input2 dalam kuliah Subuh tu. Di sini kite bekerja, kite berniaga…

Ustaz : Tuan, masa kite berniaga dan bekerjalah godaan dan cabaran datang. Banyak kemungkaran dalam berniaga dan bekerja..

Encik A : Kemungkaran dalam kerja??? APA TU???

Ustaz : Ponteng, claim yang tak betul, rasuah, melawan orang atasan, menindas staf bawahan, umpat, adu domba dan sebagainye. Kemungkaran ini bukan soal peribadi. Jika seoarang melakukannye, ia memudaratkan yang lain. Lama-kelamaan akan berjangkit menjadi budaya yang negative dalam syarikat. Keadaan ini akan menjejaskan operasi dan perjalanan syarikat secara keseluruhan…

Encik A : Kita sudah ada undang2 dan disiplin organisasi. Adanya sebagai kawalan untuk anggota kite agar tidak melakukan penyelewengan.

Ustaz : Undang2 mencegah kemungkaran dari luar tetapi solat mencegah kemungkaran dari dalam. Kita perlukan kedua-dua pendekatan. Bahkan dalam apa jua keadaan pencegahan dari dalam itu yang lebih berkesan…

Encik A : Kenapa ???

Ustaz : Sebab solat akam membawa rasa takut, cinta dan patuh kepada Allah. Orang yang begini akan meninggalkan kejahatan dengan kerelaan hati sendiri. Ataupun jika mereka berslah, mereka akan segera bertaubat…

Encik A : Ah, apa pula pihak atasan kata nanti. Kita anjurkan kursus solat pula, sedangkan selama ini kite giat menjalankan kursus-kursus yang memberi kemahiran professional kepada anggota2 kite…

Ustaz : Adakah orang atasan tidak mahu melihat oaring bawahan dan keseluruhan kakitangan syarikat ini jadi baik??? Solat sangat penting untuk membentuk manusia jadi baik.

Encik A : (Encik A merenung muka ustaz) tetapi kalau baik sahaja tetapi tak tahu bekerja, buat apa???

Ustaz : Dan kalau tahu buat kerja sahaja tapi tidak jujur, buat apa???( setelah Encik A diam, Ustaz menambah) Sebenarnye kite perlu kedua-duanye sekali. Pemantapan solat perlu, peningkatan kemahiran professional juga perlu. Alangkah baik jika kedua-duanye dilaksanakan secara berpadu dalam syarikat ini. Kita tidak ada masalah, bukankah seluruh kakitangan beragma Islam???

Encik A : Kos…kos dan peruntukan latihan akan bertambah…

Ustaz : Tuan, untuk program latihan kemahiran kita rela berbelanja besar. Mengapa untuk program pemantapan nilai2 Islam ini kite terlalu berkira????

Encik A : Itu soal pihak atasan…

Ustaz : Tuan, di atas pihak atasan ini ada ada yang lebih atas lagi. Allah akan bertanye kepada kite, apa yang kie laksankan untuk mendidik orang bawahan kie. Syarikat hakikatnye sebuah institusi. Kite akan ditye oleh Allah tentang orang di bawah pimpinan kite. Bukan soal makan minmun dan kebajikan lahiriah mereka sahaja, tetapi juga soal iman dan Islam mereka.

Encik A : Baik tu baik..tapi…………

Ustaz : Tuan, jika syarikat terlalu berkira dalam soal2 tarbiah begini, saya khuatir penyelewengan, rasuah, curi tulang dan lain2 sikap negative yang tuan katakana mula merebak dalam syarikat ini akan bertambah kronik. Pem baziran dan penyelewengan akan memporak-perandakan operasi . Produktiviti dan kualiti akan menurun. Penjualan juga merosot. Pembaziran berleluasa. Rasuah pula akan menyebabkan ketirisan wang yg menelan kos besar berbanding kos pendidikan… (pujuk Ustaz)

Encik A : (termenung, sambil menepuk2 tangannye ke meja…) InsyaAllah, nantilah akan saya fikirkan dulu.

Ustaz pun menarik nafas panjang.. Begitulah cabaran dalam berdakwah. Setelah berhujah, kite Perlu pasrah pada Allah, pohon taufik dan hidayahNye. Apa pun benarlah seperti selalu Diungkapkan, Islam adalah agama yang paling banyak disalahtafsirkan, bukan sahaja oleh org Bukan Islam MALAH OLEH ORANG SENDIRI…
Dimana sahaja Islam sering disalahtafsirkan. Namun jangan perimis atau kecewa. Itu bermakna Dan ruang untuk berdakwah sentiasa terbuka….



No comments: