Jom Jadi Follower ana

Friday, January 29, 2010

PENGKONGSIAN PENGALAMAN LI



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaruh....


Syukur kehadrat Ilahi kerana diberi nikmat Iman dan Islam serta Kesihatan kepada kiter semua... SYUKUR ALHAMDULILLAH... moga kiter semua sentiasa bersyukur segala nikmat yang dikurniakan kepada kiter, sesungguh ALLAH sangat suka pada hambaNye yang tahu dan mahu berterima kasih kepadaNye..

Dikesempatan nie ana nak berkongsi dengan antum semua tentang pengalaman ana menghadapi LI (Latihan Industri). Syukur kepadaNye... ari nie ana cukup sebulan menjalani LI.. ALHAMDULILLAH..Syukur.. Sebenarnye ana masuk lapor diri AWAL seminggu atas permintaan Pengerusi di tempat ana LI. Alhamdulillah ana kini LI di KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA NASARUDDIN (hehehe dekat dgn umah lebih kurang depan umah tp tepi ke kiri sikit huhuhu, jgn jeles)... Setiap kali orang bertanye pada ana "LI kat mana?" pasti ana tersenyum dulu, sebab dekat sgt dengan umah..Alhamdulillah (dekat dgn mak n ayah) dan jawab ana " depan umah tepi sikit ". semua pelik..ana senyum jer... then baru terangkan.

Ok... ari first ana pi punya berdebar2 Al-maklumlah first time masuk alam keje... macam2 dalam fikiran nie... cam nie staff ( wlpn majoriti staff kat situ mmg ana kenal, tp diorg je xkenal ana sbb ana jenis xkuar umah, hehehe), ok ker keje kat sini, pe la keje yg kena wat... n cam2 dalam kotak fikiran nie.. Sebelum pi tu... ana sudah lengkapi diri dgn doa agar dipermudahkan lapor diri n permudahkan ana mudah bekerja kat situ.. Sambung lik, sampai jer kat ofis tu... tup2 tgk xde orang... aikk ana nie terlebih excited ker datang awal... tgk jam dah 8.10am.. ana difahamkan company bukak kul 8.00am or ana silap ari (kut2 ari nie ahad lagi ker)... mula gelisah... org duk kat kedai kopi tu duk tgk2 ana ( mybe xkenal kut).. mula ana call ayah ana.. tye nape xde org? (sbb ayah ana peserta koperasi serba sikit taw la pejabat bukak bila) ana pun mintak la nombor pengerusi KPR tu merangkap jiran ana gak..(hehehe) baru nak fon die.. dtg la Puan Aza..( pegawai tadbir situ juga merangkap penyelia ana).. " eh.. maaf la tadi antar anak sekolah" die menegur... baru ana teringat sekolah sesi 2010 dah bukak..( ana LI sama time budak sekolah la plak huhu)... "eh, xpe sambil tersenyum" jawab ana ringkas (sebenar nye tgh debar2 n malu).. ana dimintak duduk sebentar dulu.. cam biasa menurut sahaja... selepas tu.. ana dipanggil oleh seorang pegawai nie nama die En.Sataruddin (pegawai kanan)..die la menemu ramah ana n menerangkan sikit protokol pegawai n suasa ofis.. baru ana faham sikit2 ttg company.. Alhamdulillah smua staff ok2 jer... smua layan ana baik Al-maklumla ana nie student pratikal sulung... xde sape lagi pernah LI kat situ ana jer.. Alhamdulillah semuanye jalan lancar lapor diri..tp cuma letih yg melampui sgt...(mula2 jer kut sbb xbiasa keje)... tp betul la kata org keje tu lebih penat n susah dari belajar(mula2 ana xcaya..tp bila dah rasa baru taw..baru la terigt pengorbanan ibubapa..insaf jap)...(p/s kepda diri n sahabt2 sekalian : belajarla betul2 jgn sia2 kan waktu belajar kerana waktu study la sebenarnye paling indah)

Alhamdulillah... smpi skrg ana leH masuk dgn staff2 (wlpn diorg 2 suka mengusik (usik2 biasa jer jgn pikir len) ana tp biasa la tu mgusik org dewasa, layan jer la) tu tapi ana jer pendiam sikit ( mybe sbb ana jer paling muda kat situ smua dh jd bapak n mak org dah tp ada sorg kak nie jer xkawin jer tp dah lama keje kat situ... tp ana sebulan nie xbyk keje sgt... byk duk2, baca surat2 khabar n len2 la.. tapi xpe relax sikit (hehehe)... Ana kat sana Alhamdullilah ada pegisian agama gak... sbb kat ofis tu setiap jumaat pagi sblm keje de wat tazkirah... Ustaz tu diimport dari umah ana ( hehehe sebenarnye Ayah ana tu)... Alhamdulillah serba cikit dapat beri kesedaran pada manusia yg sentiasa lalai n leka cam ana nie.. setiap ayah ana bg tazkirah ana tgk wajah die n berdoa moga2 ana dapat mneyampaikan dakwah seperti ayah ana yang lantang berceramah .... AMIN (DOAKAN YE SAHABAT2)..

Dan ana bersyukur sangat sudah sebulan ana jalani pratikal...mcm2 ana belajar terutama menjalani LATIHAN IMAN... tul la pe yang akak2 n akhi2 ana kat poli tu ckp Latihan Industri ini sbenarnye melalui LATIHAN IMAN... dan dapat rasa sekarang... Moga Allah sentiasa tetapkan Iman ana dan sahabt LI terutama sahabat UKHUWAH GENERATION 11 (UGe11) dalam menghadapi latihan ini.. InsyaAllah ... amin.. dan nie juga bermakna tinggal 5 bulan gi akan kembali ke Poli n KAMSIS YG TERSAYANG... xsabarnye ( excitednye pada halnye lambat gi... huhuhu)...

Setakat ini dahulu citer pengalaman ana ... ada masa ana kongsi lagi..InsyaAllah...moga dpt dikongsikan.. jika terdpat terlanjuran ana menulis nie ana mohon maaf sgt... moga Allah dapt sedarkan kesilapan HambaNye yg sentiasa lalai n leka nie... Amin..

Wallahu'alam..



Thursday, January 28, 2010

ADAB2 DI MASJID

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
1. Semasa berjalan ke Masjid :
  • Mulai dengan kaki kanan
  • Berjalan dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. Doa Nabi ketika dalam perjalanan menuju ke Masjid : " Ya ALLAH jadikanlah dalam hatiku CAHAYA dan lidahku CAHAYA dan jadikanlah pada pendengaranku CAHAYA dan jadikanlah penglihatanku CAHAYA dan jadikanlah dibelakangku CAHAYA dan dihadapanku CAHAYA dan dibawahku CAHAYA, Ya ALLAH berikanlah CAHAYA kepadaku"

2. Adab masuk ke Masjid :

  • Membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan ketika masuk masjid, Rasulullah mengajar kita membaca doa : " Ya ALLAH, bukaknlah untukku pintu RahmatMU"
  • Memberi salam kepada sesiapa yang berada di dalam Masjid tersebut maka ucapkanlah : " Selamat ke atas kamu dan atas hamba Allah yang soleh "
  • Mengerjakan solat sunat TAHIYATUL MASJID ( menghormati Masjid)

3. Adab dalam Masjid :

  • Dududk menghadap kiblat
  • Memohon doa supaya Allah membuka pintu rahmat-Nye
  • Sentiasa sebut nama Allah
  • Menghadirkan ALLAH dalam hati
  • Menghentikan percakapan tentang Hal-hal dunia
  • Jauhi dari menghina ISLAM
  • Berzikir dengan suara perlahan

4. Adab keluar Masjid :

  • Mohon ampun dan bimbingan ALLAH agar selamat selama di luar
  • Berniat untuk datang kembali
  • Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa : " Aku berlindung dengan nama ALLAH yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasanNye yang qadim dari SYAITAN yang terkutuk "
  • Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di Masjid

Semoga antara orang2 yang sentiasa mengimarahkan Masjid iaitu RUMAH ALLAH.... InsyaAllah... Amin

Monday, January 25, 2010

MABUK CINTA TERHADAP ALLAH

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia. 2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Saturday, January 23, 2010

LUAHAN HATI DAN DOA QOLBIKU


Ya ALLAH tuhan yang mencipta sekelian alam, Kaulah yang Maha Pengasihi dan Maha Penyayang, Kau Maha Pemurah dan Pengampun segala Pujian hanya untukMu Ya ALLAH.. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat2 baginda sekalian...
" Ya ALLAH... berilah aku, keluarga serta sahabat2ku kesabaran aku dalam menghadapi
masalah nie... serta ujian yang menimpa kami dalam usaha kami untuk membawa dakwah dan AgamaMu Ya ALLAH....Jadikanlah Kesedihan dan air mata nie dalam membawa agamaMu sebagai bukti CINTA kami kepadaMu dan juga sebagai ampunan bagi kami.... Kuatkanlah semangat lagi semangat kami dalam dakwah nie.. Janganlah Engkau jadikan ujian nie sebagai pelemah kepada kami, tetapi jadikanlah ujian ini sebagai pengbangkit semangat kami dan sebagai jalan kepada kami untuk lebih mendekatiMu....."
" Ya ALLAH berilah pertolongan dariMu untuk membantu kami, hantarkanlah apa-apa wadah untuk membantu kami untuk meneruskan perjuangan Rasulullah SAW... Tetapkanlah hati kami dalam keimanan dan ketakwaan kepadaMu.. Tunjukkanlah kami jalan yang benar serta lurus... kurniakan hidayah dan petunjukMu untuk memudahkan kami membawa Agamamu.... Eratkanlah Ukhuwuh antara kami untuk bersatu membawa AgamaMu yang satu, Disamping Ikhtilat yang terpelihara supaya dalam perjuangan ini tidak bercampur dengan segala maksiat dan dosa tidak kira besar atau kecil... Sedarkanlah kami atas kelalaian dan kealpaan kami terhadapMu... Bersihkanlah hati-hati kami dari dosa2 kami sendiri seperti bersih seorang anak yang baru dilahirkan dari segala dosa.... Jadikanlah juga hati2 ini hati2 yang sentiasa berhendak terhadap Islam dan hati2 yang sentiasa pastikan AgamaMu terus bersinar di bumi ini.. serta Jadikanlah kami antara rantai2 perjuangan RasulMu iaitu Rasulullah SAW ..."
" Ya ALLAH, kami bantulah hambamu yang lemah ini, bantulah kami, pimpinlah kami, serta peganglah kami dalam mencari RedhaMu.... Sentiasalah kami dalam pandangan dan pemerhatianMu, dan janganlah sekali-kali Engkau Abaikan dan menjauhkan pandanganMu terhadap kami.... "
" Ya ALLAH bantulah kami...... bantulah kami....... bantulah kami dalam menghadapi ujian dan cubaan nie... Perkenaankanlah.... perkenankanlah... perkenankanlah DOA permohonanku ini Amin.... Amin.... Amin... Ya Rabbal Alamin... Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat2nya...."

AMIN........

Thursday, January 21, 2010

Nafsu Yang Degil

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah. Oleh itu sahabat serta sahabiah jgnlah kite meletakkan nafsu yang menguasai diri sendiri tetapi letaklah iman untuk mengawal berlakuan kite... Moga kite semua diberkati dan dibawah rahmat Allah Subahanahuataala...Amin...

Wednesday, January 20, 2010

Alhamdulillah ... akhir tercreate juga blog yang ana dah niat lama nk wat tapi xkesampaian..

alhamdulillah termakbul juga.... syukur ke hadrat Illahi..