Jom Jadi Follower ana

Friday, February 26, 2010

BUANG MASA DENGAN SOLAT???


Didalam majlis Usrah..

Pelajar A : Mengapa orang Islam banyak buang masa dengan solat??? (soklan nie ditye oleh Pelajar2 jepun kpd Pelajar2 Malaysia solat lima waktu sehari semalam)

Naqib : Mengapa soalan seumpama ini dityakan ketika kamu bersama disini (Jepun), tidak di Malaysia???

Pelajar A : Kerana mereka jarang melihat orang solat..

Pelajar B : Mereka sembah berhala sekali sekala, tidak sekerap dan selama seperti kita solat…

Naqib : Ada sebab lain??? (tunggu bape minit, semua ahli terus diam memikirkan jawapan agaknye) Orang jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien. Majoriti mereka tidak membuang masa. Jadi bagi orang jepun yang tidak membuang masa, 5 – 10 minit mengerjakan 1 waktu solat dirasakan telah membuang masa. Sebab itu mereka bertanye, mengapa kita membuang masa. Itulah sebabnye soklan ini timbul drpd kalangan orang jepun. Kenapa tiada soklan dalam kalangan orang kita di Malaysia???

Pelajar C : Sebabnye, orang kita masih membuang masa (jawab spontan salah seorang pelajar yang hadir pada usrah tersebut)

Naqib : (saya tersenyum dan menggangguk) Bagi orang yang banyak membuang masa apalah ertinya sangat 5 or 10 minit untuk solat itu. Tidak menjadi kudis pun bagi mereka. Namun tidak bagi orang jepun. Masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak penting termasuk solat pada pandangan mereka sangat membazir. Apa yang saudara jawab? (Tanya saya menduga pelajar A)

Pelajar A : Susah nak jawab, sebab Allah perintahkan kita. Mana mereka boleh terima jawapan yang begitu.

Naqib : Perlu dijawab begitu. Sebab Allah, Tuhan kami perintahkan begitu.

Pelajar D : Tapi kalau ditanye lagi apa sebabnye Tuhan kamu perintahkan begitu???

Naqib : Jawablah, Allah Maha Mengetahuiapa yang terbaik untuk Hamba-Nye daripada hamba itu sendiri.

Pelajar E : Mungkin mereka tidak terima jawapan dari perspektif kite. Tapi bagaimana kalau kite nak jawab yang logic dan rasional mengikut perspektif mereka???

Naqib : Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi kamu berada dalam keadaan sentiasa menyelenggara? Lebih canggih alat teknologi mka semakin kerap kamu menyelenggaranya. Kamu sentiasa buat maintenance kapal terbang, kereta api elektrik dan kereta kamu…Kemudian tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat teknologi yang diciptakan ataupun manusia yang menciptakannye???

Pelajar : Tentulah manusia (jawab mereka hampir serentak)

Naqib : Nah, kalau begitu tanyakan mereka, kalau kamu sering, malah sentiasa menyelerenggara alat2 teknologi yang canggih,mengapa kamu tidak selenggarakan diri kamu yang lebih complicated dan lebih canggih???

Pelajar A : Mereka akan Tanya, bagaimana untuk selenggara diri?

Naqib : Itu kami tidak pasti. Tapi kalau orang Islam, solat adalah cara “maintenance” diri kami. Malang sekali kalau kamu hanya menyelenggara alat2 teknologi kamu tetapi kamu lupa menyelenggarakan diri kamu sendiri..

Pelajar F : Kalau mereka tanye, apakah yang dimaksudkan dengan menyelenggara diri pada seorang manusia???

Naqib : Seorang itu dikatakan menyelenggara dirinya sendiri jika ia membersihkan diri hati, menstabilkan emosi dan menenangkan fikirannye. Inilah yang berlaku dalam solat yang sempurna. Seoarang yang bersolat itu mengadu. ,merayu, merintih dan menyerahkan kembali segala kegalauan, keresahan dan keserabutan jiwanya kepada zat yang mampu dan mahu menyelesaikan segala-galanye. Siapa lagi kalau bukan kepada Allah!

Pelajar G : Orang yang solat tidak akan sakit jiwa. Stress dan tekanan emosinya terkawal. (sampuk seorang pelajar yang duduk di belakang)

Pelajar C : Sebab itu orang Islam tidak bunuh diri walau bagaimana besar sekalipun masalah yang mereka hadapi.

Naqib : Tidak seperti orang jepun, kadar membunuh diri dalam kalangan tinggi. Dan ketika itulah mereka mungkin boleh disedarkan betapa solat yang beberapa minit itu bukan shaja tidak membuang masa bahkan sangat penting dalam kehidupan seorang manusia… (saya membuat kesimpulan)


Sedutan dari Majalah SOLUSI

Yang telah diadabtasikan oleh Qolbiku

No comments: