Jom Jadi Follower ana

Monday, July 11, 2011

MASA BZ.....MASA LAPANG.... SUATU NIKMAT & UJIAN...


ASSALAMUALAIKUM.....

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam
, Selawat n Salam disampaikan keatas baginda Rasulullah SAW, keluarga baginda serta sahabat2nye.....

Syukur kehadrat Illahi...kerna diberi nikmat idup dan segala nikmat yang diberikan.... SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakhbar..... ku lafazkan untuk zikirku padamu Ya Allah.......

Jika kite pandang perkataan "MASA" pasti teringat Firman dalam Surah Al-Asr yang bermaksud :
" DEMI MASA, sesungguh manusia dalam kerugian, kecuali
org2 yg berpesan2 kepada kebenaran & kesabaran.... "
teringat jua "INGAT LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA".....
1) Sihat sebelum sakit
2) muda sebelum tua
3) kaya sebelum miskin
4) LAPANG SEBELUM SEMPIT
5) hidup sebelum matiiiii...


Begini rona kehidupan masa ibarat air yg mengalir ia tidakkan boleh diputar smula.... jika disebut masa bz dan lapang teringat masa2 yg Allah beri luang utk kite nikmati masa2 tersebut.

Teringat masa2 bz dikampus dahulu...SubhanaAllah rase bagai xcukup 24 jam yg Allah beri... ujian yg cukup besar n berat..... tapi demi amanah n Islam ku tempuhi jua.... kesempatan masa yg ade digunakan sebaik mgkin untuk rehat, siapkan assignmt ind n group, meetg persatuan, meetg asrama, tggjwb sebagai ketua/penolon/ajk, kelas, usrah, masa tuk adik2, masa utkMU..... Ya Allah engkau sahaja Maha Mengetahui waktu begini...
Walaupun nmpk pahit namun....manis sekali kerana masa yg ade
digunakan sebaiknya n xmasa tuk digunakan pada bende yg lagha....
.... terigt waktu bz begini Allah beri sakit.... Ya Allah je yg taw betapa byk keje yg kene selesainya namun sebenarnye itulah masa rehat yg Allah nk bagi tubuh ini ....SubhanaAllah indahnya tarbiyah n prihatinMu terhadap hambaMu nie.... cuma hambaMu ini kekdg2 xsedari akn nikmat itu.....
Bile da nk abis belajar terasa gembira sgt...mgkin kesibukan n ke"bz"an akan berkurg...... namun...........

apabila Allah beri masa lapang diwaktu abis belajar... SubhanaAllah ia juga suatu ujian yg perlu ditempuhi.... kerana diri nie sudah biasa dgn ke"bz"an.... yg diimpi dulu kini terjadi....dan ku rinduikan kesibukan yg dulu... di masa lapang nie juga memerlukan kesabaran yg amat sgt... kerana waktu2 nie ku xseaktif dahulu.... namun sebenarnya masa2 nie Allah berikan kite, ape itu nikmat sabar??? sabarkah aku bilamana keje yg dipohon lmbt tahu resultnye??? bilemana pengajian yg dipohon gagal permohonannya......Allah.... indahnya Tarbiyahmu...

Alhamdulillah Ya Allah kau sedarkan daku
akn nikmat n hikmah disebalik semua nie.... kuatkan daku hadapi ujian nie... Aku hamba yg lemah.... Ku jua bermohon yg Allah ampunkan dosa2ku jika selama aku diberi masa2 bz n ade tanggungjwb ku terabaikan o disengajakan.... ampunkan daku.... jadikan ia sebgai pengajrn tuk ku dimasa hadapan.... Jadikan penghidupan ku, pekerjaanku nanti, ibadahku adalah dasar kerana REDHAMU N kerana PERJUANGAN demiMU... Ya Allah... Ameen..

.

Thursday, June 16, 2011

USTAZ JOM MAKAN BABI... NIE BABI ISLAM

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam..(^_^)

Thursday, May 5, 2011

CABARN & DUGAAN SELEPAS ABIS BELAJAR


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Alhamdulillah...dengan izin Allah dengan limpah dan kurnianya dapat ana meneruskan penulisan nie setelah 3 bulan menghilangkan diri.... bkn menghilang kerna merajuk, putus asa or something tetapi masa yg tidak mengizinkan... masa yg ade digunakan pada perkara2 yg lebih penting. InsyaAllah....

Alhamdulillah juga, ana telah pun tamat pengajian di POLITEKNIK UNGKU OMAR, InsyaAllah. sekarang menunggu result exam pada 16 Mei ini, moga2 tiada paper yg tersangkut o gagal, moga dpt lulus dgn cemerlang n dapt hpnm 3.50 above ...Ameen....

KERINDUAAN juga pada sahabat2 perjuangan di sana .... moga antum istiqomah dgn ape kebaikan yg antum dpt... buat adik2 teruskan perjuangan di sana, ingatlah SURAH MUHAMMAD AYAT 7. "Wahai org2 yg beriman jika kamu menolong agama Allah, ALLAH akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
peganglah dan yakini ayat nie, ingat...!!! Allah xkn mungkiri JANJINYA... n ingat perpisahan di dunia ini hanya sementara...insyaAllah akn bertemu di syurga nanti Ameen..

Sape yg tidak suka bila dah abis belajar, ini juga berlaku pada diri ana, tetapi keseronokan itu sementara sahaja bilamana kite memikirkan perancangan masa depan..... samaada

MAHU SAMBUNG BELAJAR (DEGREE) ????
MAHU KERJA SEMENTARA ????
MAHU KERJA TERUS ???
MAHU KAHWIN???

huhuhu.... kahwin tu ana ckp awal2 dulu.... tolak tepi jauh2 dulu... saje letak kat atas tu.... blum masanye lagi..

itu antara persoalan yg samping di dalam fikiran ini, tapi yg penting istiqomah dalam perjuangan satu bende yang penting bila dah abis belajar....

moga ana istiqomah dan dapat wat keputusan yg terbaik... if dpt smbg belajar moga Allah kurniakan rezeki.... AMEEN INSYAaLLAH...... ^_^

Tuesday, February 1, 2011

Sunting SEMANGAT BELAJAR!!!!

ASSALAMUALAIKUM....

Kepada semua sahabat sahabiah yang bergelar "student"... same3 kite mengunting semangat belajar..... wlpn exam lmbt gi..... dr sini la nk mula...
ana pun dah sem last... harap dapat lakukan yg terbaik sebelum meninggalkan bumi PUO.... TAPI BELAJAR BUKAN LAH TERHENTI DISINI SAHAJA..... BELAJAR DIMANA2 SAHAJA.... BELAJAR HINGGA LIANG LAHAD......

JOM SUNTING SEMANGAT SAME2.... SEMANGAT2 GAK TAPI USAHA JGN LUPA.... ^_^








P/S : Selamat study smua.... settingkan LILLAHITAALA....insyaAllah ade keberkatanNyer.... AMEEN .....Choiyak3 smua.... ^_^