Jom Jadi Follower ana

Sunday, February 28, 2010

SOLAT ITU SOAL PERIBADI????

Jika TEMPOH HARI ana bawakan citer ttg di Jepun.. skrg jomm.. kiter tgk situasi di Malaysia gak… cam ne tanggapan orang Islam sendiri ttg solat…!!! Jomm baca..

Encik A : Maaf..!! solat ini soal peribadi…Siapa yang nak buat silalah. Dah ada surau pun dlam bangunan ini. SIAPA YANG TAK MAHU, TAK BOLEH PAKSA. Itu hal masing2.


Ustaz : Ya, solat tidak boleh dipaksa. Tetapi kite sebagai saudara seislam, wajib mengingatkan, saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal peribadi……


Encik A : Mengapa???

Ustaz : Solat itu mencegah seseorang daripada kejahatan dan kemungkaran.

Encik A : Itu saya taw, solat boleh mencegah kemungkaran. Saya pun selalu juga dengar kuliah-kuliah Subuh. Tapi ini dalam syarikat, kite tidak perlu mengulang input2 dalam kuliah Subuh tu. Di sini kite bekerja, kite berniaga…

Ustaz : Tuan, masa kite berniaga dan bekerjalah godaan dan cabaran datang. Banyak kemungkaran dalam berniaga dan bekerja..

Encik A : Kemungkaran dalam kerja??? APA TU???

Ustaz : Ponteng, claim yang tak betul, rasuah, melawan orang atasan, menindas staf bawahan, umpat, adu domba dan sebagainye. Kemungkaran ini bukan soal peribadi. Jika seoarang melakukannye, ia memudaratkan yang lain. Lama-kelamaan akan berjangkit menjadi budaya yang negative dalam syarikat. Keadaan ini akan menjejaskan operasi dan perjalanan syarikat secara keseluruhan…

Encik A : Kita sudah ada undang2 dan disiplin organisasi. Adanya sebagai kawalan untuk anggota kite agar tidak melakukan penyelewengan.

Ustaz : Undang2 mencegah kemungkaran dari luar tetapi solat mencegah kemungkaran dari dalam. Kita perlukan kedua-dua pendekatan. Bahkan dalam apa jua keadaan pencegahan dari dalam itu yang lebih berkesan…

Encik A : Kenapa ???

Ustaz : Sebab solat akam membawa rasa takut, cinta dan patuh kepada Allah. Orang yang begini akan meninggalkan kejahatan dengan kerelaan hati sendiri. Ataupun jika mereka berslah, mereka akan segera bertaubat…

Encik A : Ah, apa pula pihak atasan kata nanti. Kita anjurkan kursus solat pula, sedangkan selama ini kite giat menjalankan kursus-kursus yang memberi kemahiran professional kepada anggota2 kite…

Ustaz : Adakah orang atasan tidak mahu melihat oaring bawahan dan keseluruhan kakitangan syarikat ini jadi baik??? Solat sangat penting untuk membentuk manusia jadi baik.

Encik A : (Encik A merenung muka ustaz) tetapi kalau baik sahaja tetapi tak tahu bekerja, buat apa???

Ustaz : Dan kalau tahu buat kerja sahaja tapi tidak jujur, buat apa???( setelah Encik A diam, Ustaz menambah) Sebenarnye kite perlu kedua-duanye sekali. Pemantapan solat perlu, peningkatan kemahiran professional juga perlu. Alangkah baik jika kedua-duanye dilaksanakan secara berpadu dalam syarikat ini. Kita tidak ada masalah, bukankah seluruh kakitangan beragma Islam???

Encik A : Kos…kos dan peruntukan latihan akan bertambah…

Ustaz : Tuan, untuk program latihan kemahiran kita rela berbelanja besar. Mengapa untuk program pemantapan nilai2 Islam ini kite terlalu berkira????

Encik A : Itu soal pihak atasan…

Ustaz : Tuan, di atas pihak atasan ini ada ada yang lebih atas lagi. Allah akan bertanye kepada kite, apa yang kie laksankan untuk mendidik orang bawahan kie. Syarikat hakikatnye sebuah institusi. Kite akan ditye oleh Allah tentang orang di bawah pimpinan kite. Bukan soal makan minmun dan kebajikan lahiriah mereka sahaja, tetapi juga soal iman dan Islam mereka.

Encik A : Baik tu baik..tapi…………

Ustaz : Tuan, jika syarikat terlalu berkira dalam soal2 tarbiah begini, saya khuatir penyelewengan, rasuah, curi tulang dan lain2 sikap negative yang tuan katakana mula merebak dalam syarikat ini akan bertambah kronik. Pem baziran dan penyelewengan akan memporak-perandakan operasi . Produktiviti dan kualiti akan menurun. Penjualan juga merosot. Pembaziran berleluasa. Rasuah pula akan menyebabkan ketirisan wang yg menelan kos besar berbanding kos pendidikan… (pujuk Ustaz)

Encik A : (termenung, sambil menepuk2 tangannye ke meja…) InsyaAllah, nantilah akan saya fikirkan dulu.

Ustaz pun menarik nafas panjang.. Begitulah cabaran dalam berdakwah. Setelah berhujah, kite Perlu pasrah pada Allah, pohon taufik dan hidayahNye. Apa pun benarlah seperti selalu Diungkapkan, Islam adalah agama yang paling banyak disalahtafsirkan, bukan sahaja oleh org Bukan Islam MALAH OLEH ORANG SENDIRI…
Dimana sahaja Islam sering disalahtafsirkan. Namun jangan perimis atau kecewa. Itu bermakna Dan ruang untuk berdakwah sentiasa terbuka….



Friday, February 26, 2010

Sayang Rasulullah SAW


Rasulullah itu adalah orang yang sangat dicintai oleh para sahabatnya, umumnya para sahabat mencintai Rasulullah Saw, walau ada sebahagian sahabat yang diam-diam membenci Rasulullah. Tetapi hakikatnya sahabat itu sangat mencintai Rasulullah Saw.

Pernah suatu malam Rasulullah mendengar suara beberapa orang di luar kamarnya, Rasulullah menegur: “Kenapa kalian berkumpul di sini?” lalu mereka menjawab: “Ya Rasulullah, kami tidak dapat tidur kerana khuatir ketika kami tidur nanti, orang-orang kafir datang dan membunuhmu.” Mereka sukarela menjadi pengawal Rasulullah Saw, datang sendiri, tidak dibayar. Tetapi Rasulullah Saw mengatakan, “Tidak, Allah melindungi aku, pulanglah kamu ke tempat kamu masing-masing.”

Ada seorang pedagang minyak wangi, di Madinah. Setiap kali pergi ke pasar, dia singgah dulu ke rumah Rasulullah Saw, dia tunggu sampai Rasulullah keluar. Setelah Rasulullah keluar, dia hanya mengucapkan salam lalu memandang Rasulullah saja dan setelah puas dia pergi. Suatu saat setelah dia bertemu Rasululllah dia pergi, lalu tak lama kemudian balik lagi dari pasar dan dia datang kepada Rasulullah Saw dan meminta izin, “Saya ingin melihat engkau ya Rasulullah, kerana saya takut tidak dapat melihat engkau selepas ini.” Dan Rasulullah mengizinkannya.
Kemudian, setelah kejadian itu Rasulullah tidak pernah melihat lagi tukang minyak wangi itu. Disuruh sahabatnya pergi melihat, ternyata dia sudah meninggal dunia tidak lama setelah dia pergi dari pasar dan memandang wajah Rasulullah Saw itu. Lalu kata Rasulullah Saw: “Kecintaannya kepadaku akan menyelamatkan dia di hari akhirat.”

Ada lagi seorang sahabat Rasulullah bernama Abu Ayyub Al-Anshari. Ketika Rasulullah hijrah ke Madinah, beliau beristirahat dahulu di pinggiran kota menginap di rumah Abu Ayyub Al-Anshari. Rumahnya itu dua tingkat, Abu Ayyub dan isterinya di tingkat atas dan Rasulullah Saw di bawah. Pada malam hari Abu Ayub dan isterinya tidak dapat tidur kerana mereka takut untuk menggerakkan tubuh, semua anggota terbujur seperti terdapat sebongkah kayu yang menahan diri untuk tidak bergerak. Mereka takut jikalau bergerak,debu-debu dari atas itu berjatuhan dan menimpa kepada Rasulullah. Setelah Rasulullah mengetahui hal itu, beliau sangat terharu lalu kepada Abu Ayub diajarkan sebuah doa sebagai penghargaan beliau atas cinta yang tulus dari Abu Ayub.

Dalam perang Uhud, ketika kaki Rasulullah terluka, ada seorang sahabat melihatnya lalu mengejar Rasulullah. Dia pegang kaki itu lalu dia bersihkan luka itu dengan jilatannya. Rasulullah kaget lalu berkata, “Lepaskan! Lepaskan!” Sahabat itu berkata: “Tidak Ya Rasulullah, aku tidak akan melepaskannya sampai luka ini kering!”

Ada lagi seorang sahabat, yang setelah Rasulullah meninggal dunia,dia membanggakan mulutnya yang tiada gigi lagi. Kisahnya tika di saat perang Uhud, Rasulullah cedera kerana rantai pelindung kepalanya menusuk pipinya. Lalu seorang sahabat menarik rantai itu dengan giginya, tapi sebelum rantai itu keluar, seluruh giginya patah. Dia bangga bahwa giginya itu patah kerana membela Rasulullah yang dicintainya. Sehingga menjadi satu kebanggaan.

Ada satu contoh lagi kecintaan umat kepada Rasulullah Saw. Menjelang suatu peperangan, Rasulullah sedang membariskan pasukannya.Ternyata ada seorang sahabat, mungkin kerana perutnya terlalu besar, perutnya itu selalu berada di luar barisan. Kemudian Rasulullah periksa dan memukul perutnya itu agar dirapikan dengan barisan. Lalu sahabat itu memandang Rasulullah dan berkata: “Engkau diutus untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam, kenapa kau sakiti perutku?” Lalu Rasulullah turun dari kudanya, dan menyerahkan alat pemukul lalu berseru: “Pukullah aku! Sebagai qishas atas kesalahanku.” Kemudian orang itu berkata: “Tapi engkau pukul kepada kulit perutku.” Lalu Rasulullah segera membuka pakaiannya, tiba-tiba sahabat itu memeluk Rasulullah dan mencium perutnya. Rasulullah hairan dan berkata: “Ada apa denganmu?” Sahabat itu menjawab: “Ya Rasulullah, genderang perang sudah ditabuh, mungkin ini adalah saat terakhir perjumpaanku denganmu. Saya ingin sebelum meninggal dunia, sempat mencium perutmu yang mulia.”

Dan sahabat itu kemudian gugur di medan perang setelah mencium perut Rasulullah Saw. Rupanya ini hanya strategi dia agar dapat mencium perut Rasulullah Saw.
Setelah Rasulullah meninggal dunia, kecintaan para sahabat itu diungkapkan dengan kerinduan yang luar biasa kepada Rasulullah Saw.

Bilal yang selalu azan semasa hidup Rasulullah tidak mahu berazan lagi setelah wafat Rasulullah kerana Bilal tidak sanggup mengucapkan “Asyhadu anna Muhammad Rasululah” kerana ada kata-kata Muhammad di situ. Tapi kerana desakan Sayyidah Fatimah yang saat itu rindu mendengar suara azan Bilal, dan mengingatkan beliau akan ayahnya. Bilal akhirnya dengan berat hati mahu berazan. Saat itu waktu Subuh, dan ketika Bilal sampai pada kalimat Asyhadu anna Muhammad Rasulullah, Bilal tidak sanggup meneruskannya, dia berhenti dan menangis teresak-esak. Dia turun dari mimbar dan minta izin pada Sayyidah Fatimah untuk tidak lagi membaca azan kerana tidak sanggup menyelesaikannya hingga akhir. Ketika Bilal berhenti saat azan itu, seluruh Madinah bergoncang kerana tangisan kerinduan akan Rasulullah Saw.

Mengapa Rasulullah dirindukan atau dicintai? Itu bukan hanya kerana Allah SWT membuka hati mereka untuk rindu tetapi kerana akhlak Rasulullah yang menarik kecintaan mereka. Dan akhlak itu adalah Sunnah. Sekiranya kita mencontoh akhlak beliau ini, pasti kita pun akan dicintai oleh banyak manusia. Tentu tidak oleh semua manusia, kerana Rasulullah juga tidak dicintai oleh sem ua manusia, tidak dicintai oleh semua sahabat dan tidak dicintai oleh semua makhluk. Tapi sekiranya kita mengikuti akhlak Rasulullah itu dalam pergaulannya, pasti kita pun akan menjadi manusia yang dicintai oleh kebanyakan umat manusia.

BUANG MASA DENGAN SOLAT???


Didalam majlis Usrah..

Pelajar A : Mengapa orang Islam banyak buang masa dengan solat??? (soklan nie ditye oleh Pelajar2 jepun kpd Pelajar2 Malaysia solat lima waktu sehari semalam)

Naqib : Mengapa soalan seumpama ini dityakan ketika kamu bersama disini (Jepun), tidak di Malaysia???

Pelajar A : Kerana mereka jarang melihat orang solat..

Pelajar B : Mereka sembah berhala sekali sekala, tidak sekerap dan selama seperti kita solat…

Naqib : Ada sebab lain??? (tunggu bape minit, semua ahli terus diam memikirkan jawapan agaknye) Orang jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien. Majoriti mereka tidak membuang masa. Jadi bagi orang jepun yang tidak membuang masa, 5 – 10 minit mengerjakan 1 waktu solat dirasakan telah membuang masa. Sebab itu mereka bertanye, mengapa kita membuang masa. Itulah sebabnye soklan ini timbul drpd kalangan orang jepun. Kenapa tiada soklan dalam kalangan orang kita di Malaysia???

Pelajar C : Sebabnye, orang kita masih membuang masa (jawab spontan salah seorang pelajar yang hadir pada usrah tersebut)

Naqib : (saya tersenyum dan menggangguk) Bagi orang yang banyak membuang masa apalah ertinya sangat 5 or 10 minit untuk solat itu. Tidak menjadi kudis pun bagi mereka. Namun tidak bagi orang jepun. Masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak penting termasuk solat pada pandangan mereka sangat membazir. Apa yang saudara jawab? (Tanya saya menduga pelajar A)

Pelajar A : Susah nak jawab, sebab Allah perintahkan kita. Mana mereka boleh terima jawapan yang begitu.

Naqib : Perlu dijawab begitu. Sebab Allah, Tuhan kami perintahkan begitu.

Pelajar D : Tapi kalau ditanye lagi apa sebabnye Tuhan kamu perintahkan begitu???

Naqib : Jawablah, Allah Maha Mengetahuiapa yang terbaik untuk Hamba-Nye daripada hamba itu sendiri.

Pelajar E : Mungkin mereka tidak terima jawapan dari perspektif kite. Tapi bagaimana kalau kite nak jawab yang logic dan rasional mengikut perspektif mereka???

Naqib : Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi kamu berada dalam keadaan sentiasa menyelenggara? Lebih canggih alat teknologi mka semakin kerap kamu menyelenggaranya. Kamu sentiasa buat maintenance kapal terbang, kereta api elektrik dan kereta kamu…Kemudian tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat teknologi yang diciptakan ataupun manusia yang menciptakannye???

Pelajar : Tentulah manusia (jawab mereka hampir serentak)

Naqib : Nah, kalau begitu tanyakan mereka, kalau kamu sering, malah sentiasa menyelerenggara alat2 teknologi yang canggih,mengapa kamu tidak selenggarakan diri kamu yang lebih complicated dan lebih canggih???

Pelajar A : Mereka akan Tanya, bagaimana untuk selenggara diri?

Naqib : Itu kami tidak pasti. Tapi kalau orang Islam, solat adalah cara “maintenance” diri kami. Malang sekali kalau kamu hanya menyelenggara alat2 teknologi kamu tetapi kamu lupa menyelenggarakan diri kamu sendiri..

Pelajar F : Kalau mereka tanye, apakah yang dimaksudkan dengan menyelenggara diri pada seorang manusia???

Naqib : Seorang itu dikatakan menyelenggara dirinya sendiri jika ia membersihkan diri hati, menstabilkan emosi dan menenangkan fikirannye. Inilah yang berlaku dalam solat yang sempurna. Seoarang yang bersolat itu mengadu. ,merayu, merintih dan menyerahkan kembali segala kegalauan, keresahan dan keserabutan jiwanya kepada zat yang mampu dan mahu menyelesaikan segala-galanye. Siapa lagi kalau bukan kepada Allah!

Pelajar G : Orang yang solat tidak akan sakit jiwa. Stress dan tekanan emosinya terkawal. (sampuk seorang pelajar yang duduk di belakang)

Pelajar C : Sebab itu orang Islam tidak bunuh diri walau bagaimana besar sekalipun masalah yang mereka hadapi.

Naqib : Tidak seperti orang jepun, kadar membunuh diri dalam kalangan tinggi. Dan ketika itulah mereka mungkin boleh disedarkan betapa solat yang beberapa minit itu bukan shaja tidak membuang masa bahkan sangat penting dalam kehidupan seorang manusia… (saya membuat kesimpulan)


Sedutan dari Majalah SOLUSI

Yang telah diadabtasikan oleh Qolbiku

Thursday, February 25, 2010

BAITUL MUSLIM ... UTP


Alhamdulillah.. syukur terhadap ILLAHI kerana beri ana kesempatan untuk berkongsi cerita dengan antum semua.. Alhamdulillah..segala untukMu Ya Allah..

Banner Baitul Muslim

Alhamdulillah dapat juga ana menulis ari nie untuk berkongsi dgn amtum semua… Sebenarnye program nie ana dah pi hampir semggu dah.. tapi tiada kesempatan jer nk tulis.. tapi xpekan ilmu boleh dikongsi 2 panel yg cukup hebat n terkenal iaitu Ustaz Hasrizal (penulis buku “AKU TERIMA NIKAHNYA) dan Ustaz Habiburrahman (penulis buku AYAT2 CINTA )..InsyaAllah..

Program nie diadakan di UTP SERI ISKANDAR… dekat je dgn umah ana leh la.. ana diajak oleh k.mira (kak kat poli) yang dtg semasa ziarah ana sehari sebelum program nie.. Hati mmg nk ikut.. tapi xde kenderaan nk pi sana.. Dengan takdir Allah… Alhamdulillah k.mira tawarkan diri untuk ambik ana.. REZEKI NAMANYE NIE..ana juga dimaklumkan ramai sahabat/sahabiah turun 1 bas tuk program… Wah … mmg lagi xsabar nk pi yela hampir 2 bulan xjumpa…. MMg PERANCANGAN ALLAH ITU SGT BAIK… temukan kami dlam keadaan xdisangka…

Hari yg dituggu telah tiba… Sebenar Program itu start kul 8.30pm tapi kami sampai kul 9.30pm… almaklum la diorg ambik ana dulu.. lagi pun k.mira n the geng tolak pas maghrib… Tapi Alhamdulillah sampai gak.. kami smpai time itu dah round ke 2.. Sampai jer kami duk bahagian atas.. bkn pe dah la dtg lmbt.. hu33

Dapt jer tmpt duduk kami telinga nie buka luas2 n ready camera..hi3.. antara pegisian yg ustaz adalah…

Time ana sampai tu Penulis Habiburrahman nie pggl seorg student n bertanyakan pada student pe calon isteri idamannyer…he3.. tersipu2 student nk jwb… die pun jwb yg baik…solehah…cantiKK

Begitu lah setiap manusia yg inginkan ygterbaik tuk pasangannye…BETUL X???? Huraian oleh panel tersebut kebanyakan manusia suka cari pasangan kerana harta sama ada lelaki or perempuan… seterusnye kecantikan / kehenseman, keturunan dan agamaNye… Sesuai dgn Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Dinikahi seorang wanita kerana HartaNye, kecantikanNye, keturunanNye dan AgamaNye, maka pilihlah AGAMANYE, nescaya kamu akan berbahagia…. Seperti mana yg dijelaskan kebanyakan manusia kini banyak yg suka tiga perkara pertama tersebut berbanding Agama… Ingat smua akan ilang dan sementara… jika dapat yg berharta tapi angkuh dan sombong … untuk pe??? Ati pun xtenteram.. begitu juga jika dapat yg cantikk…hensem… tapi berperangai buruk.. sentiasa nk marah.. rumahtangga pun x bahagia… jadi Pilihlah Agamanye.. kerana dgn memilih ciri ini InsyaAllah… sentiasa bahagia kerana cantikknye kekal walaupun rupanye xbegitu cantikk tapi hatinye yg cantikk kan menyerlah peribadi yg cantikk… Wah…mantap betul ulasanyer.. SubhannAllah..hati ini berdoa supaya dapat yg terbaik tuk kerana AgamaNye supaya dapat memimpinku… Amin..

Seteruanya Ustaz Hasrizal lak memberi kupasan yg mantap.. katanye… asas CINTA ini adalah What u see, What u get… Cinta membawa 2 perkara sengsara or Bahagia.. ini perlu dilihat bagaimana pasangan menterjemahkan cinta itu… pernah ustaz Hasrizal makan di gerai (makan roti canai) dan dengar perbualn sepasangan kekasih dihadapannye :

Kekasih Girl berkata pada kekasih boynye “ Ala yang.. Cinta ini sbagai KURAP makin digaru makin sedap”.. wah mmg bagus tul ayat kekasih nie.. saya yg makan roti canai nie rasa nye nk luah balik makanan tersebut.. Nampak ke saya nie yang berkopiah berjanggut cikit nie kat di diorg.. selamba je..”Ungkap ustaz Hasrizal.

Begitu manusia mengungkap n menghurai secara pelbagai de + ve n _ve… terpulang pada individu.. tapi dalam soal cinta nie tidak tidak boleh mengalahkan cinta itu… kerana cinta suatu fitrah yg Allah ciptakan… tapi kite kena perbetulkan manusia yg bercinta. Tu…

Kebanyakan antara kiter mmg suka mencari yg baik n soleh / solehah tuk pasangan kiter… tapi sedarlah tuk dapat kan yg solah / solehah mestilah menjadi dulu yg soleh / solehah….

Pokoknye… kiter MESTI BANYAK MENJADI YG SOLEH / SOLEHAH, KURANG MENCARI YG SOLEH/SOLEHAH UNTUK MENDAPATKAN YG SOLEH/SOLEHAH… kerana yg soleh / solehah akan lebih menarik kepada yg soleh /solehah…

Bagaimanakah CINTA SECARA ISLAMIK???
Jawapannyer : Belilah buku AKU TERIMA NIKAHNYE DAN KETIKA CINTA TASBIH jawab Habiburrahaman selamba… hahaha(semua ketawa)… selain itu jawab juga Ustaz Hasrizal Cinta Islamik mestilah berasakan TAKWA…

Ustaz Hasrizal de menyatakan untuk dapt yg terbaik hendak dilakukan Solat Istikarah…. Sahabat istikarah adalah Istisyarah (usaha)… yakni usaha juga mencari maklumat si calon dgn cara bertanye dgn org rapat dgnnye. Selain itu mestilah ta’aruf tuk mengenalinye.. tapi bukan bercouple…

Alhamdulillah.. mmg mantap kupasan yg diberi 2 panel ini..mmg puas.. forum nie abis sekitar kul 11.30pm.. Diluar dewan itu Alhamdulillah dapat jumpa sahabat2, akak2, akhi2, dan dik2 puo Ustazah Haslina pun de.... Ya Allah lamanyer xjumpa diorg… terubat gak rindu… syukur Alhamdulillah…


Setakatnye saje lah yg ana dapt kongsi dgn sahabt..InsyaAllah de Rezeki ana kongsi… InsyaAllah..ameen.. Wassalam…(^_^)

Sunday, February 14, 2010

KALAU BENAR CINTAKAN ALLAH

Sebutlah nama ALLAH banyak2. ALLAH berfirman dalam Surah al-Fath : 9 yang bermakasud : “Supaya kamu semua beriman kapada ALLAH dan Rasul-Nye, menguatkan (agama)-Nya, membesarkan-Nye, dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang”. Bertasbih disini bermaksud kita berzikir dengan kuantiti dan kualiti yg tinggi.

Zikir ini bermasuklah Zikir Lidah, Zikir Hati dan Zikir Perbuatan, semuanya menjurus kepada perbuatan ALLAH dan segala yang len kecil belaka.
Lidah menyebut kalimah ALLAH, lalu hati merasakan kebesaran dan keagungan-Nya dan tindakan menyusul apabila kite selaraskan segala perbuatan dengan hukum-hakam-Nya. Itulah zikir yang hakiki. Kesannye sepadu n seadun dengan acuannye. Ini jalankan paling berkesan yang akan member ketenangan dan kekuatan.
Namun apabila ALLAH dilupakan, umat akan kurang menyebut nama-Nye lagi. Ketika itu, hati2 pun lalai daripada merasakan kebesaran dan keagungan-Nya. Akibat hukum-hakam diabaikan dalam tindakan dan perbuatan. Apabila ini terjadi jangan ditangisi jika ALLAH “LUPAKAN” kite.

Allah hanya menjadi pembela kepada orang yan bertakwa. Orang yang bertakwa adlah orang yang banyak mengingati-Nye, dengan lidah, hati dan perbuatan. Menjadi seorang Muslim sahaja (bukan Muttaqin), tidak melayakkan kite mendapat jaminan dan bantuan dari ALLAH. Siapakah kita, mutttaqin atau hanya muslim?????

Muslim, lebih2 lagi Muslim yang fasiq, kurang berzikir malah ada yang tidak nerzikir langsung. Apakah ALLAH akan mengingati kite jika kite melupakan-Nye???? Lalu terbiarlah kite dihina, dizalimi dan diperkotak-katikkan oleh musuh tanpa mendapat pembelaan.
Sayidina Umar pernah mengingatkan, bahawa dia lebih bimbangkan dosa2 yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding kekuatan dan perancangan jahat oleh musuh. Dosa2 akan menghalang daripada datangnye BANTUAN ALLAH kepada kite. Kenapa dengan orang yang melakukan dosa???? Jawabnye kerana kite lupakan ALLAH. Lupa zikir kepada-Nye. Justeru, untuk mendapat kekuatan, elakkan dosa. Dan untuk elakkan dosa sentiasalah mengingati ALLAH.
Ya, masakan orang yang sentiasa ingatkan ALLAH tergamak bergelumang dengan dosa???? Jika terlanjur sedikitpun mereka akan segera bertaubat ALLAH. Orang beginilah akan mendapat bantuan ALLAH dalam apa yang mereka usahakan dan perjuangan. Mereka disokong oleh kawan dan dihormati oleh lawan. Belum pun bertempik, hanya berbisik, orang akan akur dan tunduk.

Apabila ALLAH akrab dengan kite, siapakah yang berani memusuhi kite???? King Richard yang berhati singa itu pun tunduk kpd Sultan Salehuddin Al-Ayubi. Mengapa??? Apakah hanya kerana kekuatan Salehuddin ??? TIDAKKK.. tetapi kerana akhlak dan keperibadiannye yang ditempa dgn Zikrullah. Hasilnye, sifat pemaaf, kasih sayang dan prihatinnye, tidak terbatas. Merentas sempadan bangsa, Negara dan agama.
Musuh tidak terlalu laju, tetapi orang Islam yang TERLALU PERLAHAN. Kite seharusnye ke depan dengan roh cinta dan ksih sayang. Dengan cinta kite berdakwah, berhujah dan menjelaskan dengan penuh hemah dan hikmah tanpa dibauri oleh kebencian dan prasangka.
Dengan cinta kite tidak hanya menyebut nama-Nye, mengingati-Nye dan mendaulatkan hukum-hakam-Nya dalam diri tetapi kite akan kembangkan sayap cinta itu ke dalam rumah tangga, organisasi, masyarakat dan Negara.

Kalau benar cintakan ALLAH, cintailah diri dan umat ini dengan banyak mengingati-Nye. Bangun seawal Subuh, bersih dan sucikan diri. Lalu solatlah untuk mengingatiNye. Kemudian, bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki yang halal dengan meninggalkan segala bentuk rasuah, riba dan penyelewengan.
Atur keluarga mengikut syariat. Jauhkan pendedahan aurat. Perangi pergaulan bebas , racun hedonism dan fesyen bohemian dalam kehidupan diri dan remaja kite. Pacu kemajuan ekonomi, tetapi jangan lupakan hukum Ilahi. Bersiasahlah tetapi jauhi fitnah dan kepentingan diri. Ingat ALLAH!!!! Jaga halal dan haram dalam setiap perilaku dan perbuatan.
Kalau benar CINTAKAN ALLAH….. ingatlah, “CINTA itu bukan kata-kata, but love is a verb (cinta itu tindakan). Bangkitlah dengan kecintaan bukan dengan satu kebencian. Jangan marahkan orang yang tidak cinta…. Jika kite sendiri tidak mencintai…..
Marahkan diri kite dahulu, sebelum marahkan mereka. Tidak malukah kite kepada ALLAH, justeru jika demikian…. Bererti cinta kite hanya berkata-kata?????? Hanya pura-pura????

Sedutan dari Majalah SOLUSI
Yang telah diadabtasikan oleh Qolbiku

Saturday, February 13, 2010

MIMPI DAN IRISAN ROTI

Tiga orang musafir menjadi sahabat dalam suatu perjalanan
yang jauh dan melelahkan; mereka bergembira dan berduka
bersama, mengumpulkan kekuatan dan tenaga bersama.

Setelah berhari-hari lamanya mereka menyedari bahwa yang
mereka miliki tinggal sepotong roti dan seteguk air di
kendi. Mereka pun bertengkar tentang siapa yang berhak
memakan dan meminum bekal tersebut. Kerana tidak mndapat
kata sepakat dan tidak sependapat, akhirnya mereka memutuskan untuk membagi saja makanan dan minuman itu menjadi tiga.
Namun, tetap saja mereka tidak sepakat.


Malampun telah tiba; salah seorang mengusulkan agar tidur saja. Kalau besok mereka bangun, orang yang telah mendapatkan
mimpi yang paling menakjubkan akan menentukan apa yang harus
dilakukan.

Pagi berikutnya, ketiga musafir itu bangun ketika matahari
terbit.

"Inilah mimpiku," kata yang pertama. "Aku berada di
tempat-tempat yang tidak boleh digambarkan, begitu indah dan
tenang. Aku berjumpa dengan seorang bijaksana yang
mengatakan kepadaku, 'Kau berhak makan makanan itu, sebab
kehidupan masa lampau dan masa depanmu berharga, dan pantas
mendapat pujian."

"Aneh sekali," kata musafir kedua. "Sebab dalam mimpiku, aku
jelas-jelas melihat segala masa lampau dan masa depanku.
Dalam masa depanku, kulihat seorang lelaki,
berkata, 'Kau berhak akan makanan itu lebih dari
kawan-kawanmu, sebab kau lebih berpengetahuan dan lebih
sabar. Kau harus cukup makan, sebab kau ditakdirkan untuk
menjadi penuntun manusia."

Musafir ketiga berkata, "Dalam mimpiku aku tak melihat
apapun, tak berkata apapun. Aku merasakan suatu kekuatan
yang memaksaku bangun, mencari roti dan air itu, lalu
memakannya di situ juga. Nah, itulah yang kukerjakan
semalam."

Sekian...

Wednesday, February 10, 2010

KENYATAAN DISEBALIK PERMAINAN

PERMAINAN KEDUA

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .
"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. ..
Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang....

Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak
sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain,
sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka
akan sedar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan
pikiran masing-masing di kepalanya...

Tuesday, February 9, 2010

PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH....


" Dan jgnlah engkau berdukacita (wahai Muhammad), disebabkan org2 yang segera menceburkan diri dalam kekufuran kerana sesungguhnye mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan kemudaratan kepada ALLAH sedikitpun. ALLAH menetapkan tidak akan memberi kpd mereka (balasan baik syurga) pada akhirat kelak,dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat besar. Sesungguhnye org2 yg membeli (memilih)  kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali2 mereka akan dapat mendatangkan kemudaratan kepada ALLAH sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnye. Dan janganlah sekali2 orang2 kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi mereka, kerana sesungguhnye Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (didunia) dan mereka pula beroleh azab seksa yang mghina (diakhirat kelak). ALLAH tidak sekali2 akan membiarkan orang2 yang beriman dlm keadaan kamu ada seorang (bercmpr aduk mukmin & munafik)  bahkan tetap menguji kamu) sehingga ia memisahkan yang buruk (munadik) drpd yg baik (beriman). Dan ALLAH tidak sekali2 akan memperlihatkan kepada kamu perkara2 ghaib akan tetapi ALLAH memilih dari Rasul-Nye sesiapa yang dihendakiNye ( untuk melihat perkara2 Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada ALLAH & RasulNye dan kamu beriman dan bertakwa, maka kamu akan beroleh pahala yang Besar"
(SURAH ALI-IMRAN : 176-179)


    Demikianlah janji2 ALLAH terhadap orang2 beriman dan azab n amaran ALLAH terhadap orang yg kufur serta munafik.. Begitu juga perjuangan kite dalam membawa Islam (dakwah) pada dunia akhir zaman kini, yang mana telah keluarnye segala tanda2 kecil dunia hendak kiamat  antaranye banyaknye umat Islam JAHIL tentang Islam dan berlakunye n byk kemungkaran di atas bumi..
   Tetapi Ingatlah sahabat2 JANJI2 ALLAH terhadap sesape yg menolong AgamaNYE seperti dalam Firman ALLAH :
"Wahai orang2 beriman jika kamu menolong Agama ALLAH, nescaya ALLAH akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"  (Surah Muhammad : 7), kite sebagai hambaNye mestilah sentiasa yakin atas janji2Nye kerana Allah tidak pernah mungkari janjiNye.. janganlah kite bersedih atas pe yg kite lakukan tidak berhasil, tidak berkesan, tidak ade tindakan positif dari insan yang kite dakwahkan.. Firman Allah : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - (Surah Al-Imran ayat 139)
percaya lah sahabt2 smua ini adalah ujian dari Allah untuk menguji tahap keimanan hambaNye yang mgakui mencintaiNye.. Firman ALLAH : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).
     Dan janganlah kite sebagai pejuang ALLAH cemburu akan kesenangan akan yang dimiliki oleh orang Kafir kerana IngatLah para sahabat kerana dengan kesenangan juga banyak manusia ini lalai n leka terhadap Perintah ALLAH.. Firman ALLAH : "Sesungguhnye Kami telah jadikan apa yang ada dimuka bumi sebagai perhiasan baginye, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah antara yang lebih baik amalnye" (Surah Al-Kahfi :7). Malah berbanggalah atas keperitan, kesusahan dan kepayahan yang kite ada kerana setiap dari itu ALLAH mengira setiap kebajikan yang kite lakukan dan membuatkan kite lebih dekat kepadaNye....
    Sebagai seorang pejuang juga janganlah kite berasa keseorangan dlm menghadapi cabaran n dugaan ALLAH berikan.. ingatlah janji Allah tidak membiarkan orang yang beriman dan ingin membawa AGAMA ALLAH itu keseorangan malah dihantar pertolongan kite membantu dan menguatkan kite ...Firman ALLAH : "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnye orang2 terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa mala petaka dan kesengsaraan serta digongcangkan (dengan bermacam2 cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang beriman bersamanye. 'bilakah datangnye pertolongan Allah?, Ingatlah sesungguhnya pertolongan ALLAH itu amat dekat"- (Surah Al-Baqarah : 214)..
   Ingatlah dunia hanya persinggahan sementara untuk kite cari bekalan, akhirat jua tempat kite kembali PadaNye..  dan ingatlah Janji ALLAH bahawa semua hari nanti kemenangan akan berpihak kepada Islam... Maka bangkitlah sahabat2 teruskan perjuangan untuk pastikan sinar Islam terus bersinar di muka bumi walau di mana kita berada dan pastikan kitelah antara rantai2 perjuangan ke arah kemenangan ISLAM.. PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN walaupun banyak rintangan perlu ditempuhi... pahitnye hanya didunia sementara tapi manisnye berkekalan di Akhirat sana.. InsyaALLAH... AMEEN..

Thursday, February 4, 2010

ANTARA KELUH DAN SABAR

BISSMILLAH HIRRAHMANIRAHIM......

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membeza antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza.Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah. Walaupun apa yang berlaku YAKINLAH SEMUA ITU DATANGNYER DARI ALLAH UNTUK MENGUJI HAMBA2NYER.. "Sesungguhnyer kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginyer, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah diantaranye yang lebih baik amalnye" (Surah Al-ankabut : 7)

Monday, February 1, 2010

PAHLAWAN NERAKA


Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.
Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."
Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.
Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.