Jom Jadi Follower ana

Sunday, May 30, 2010

BALIK KAMPUNG!!!!





Assalamualaikum Warahmatulllahi Wabarakatuh....
Alhamdulillah... di kesempatan ini Allah masih lagi memberi nikmat iman, Islam dan kesihatan serta nikmat nafas tuk meneruskan kehidupan nie... Alhamdulillah YA ALLAH... terima kasih, syukran dan thank Ya Allah... nie sahaja yang mampu ku Ucapkan.... SubhanaAllah nikmatMu terlalu byk hingga tidak kira.... ALLAHUAKBAR!!!!Alhamdulillah nikmat masa ini juga ana luang masa untuk menghidang hidangan perkongsian buat antum semua... kebiasaan ana selalu menghidangkan santapan rohani... kali ini ana hidangkan hidangan yang santai iaitu santapan jasmani.... wlpn sibuk dgn report Li, KESEMPATAN ini akan lepaskan... InsyaAllah pengalaman perkongsian bersama....

Hari ini ana berkesempatan untuk pulang ke kampung..subhanaAllah... lama xlik kampung... lama xjumpa opah dan atuk... terubat rindu... cam biasa bila berjumpa pelbagai citer akan kuar dan meriahlah rumah itu... ^_^... masakan tghari mmg sudah mak ana sediakan dari umah.. bak org kata berkelahlah kat umah opah ana.. xnk susahkan opah... so sampai kami jer.. bersiap untuk makan tghari jer.... selesai susah makan tgahri.... masing2 rehat diri dan sembg ttp smbg gak... almaklum la lama xjumpa....Start dalam kul 3.00 ptg... kami mula misi kami belajar wat "Bubur Madu Anak Lebah"... pernah dengar???? bubur ini selalu popular time org2 yang lepas pantang... ^_^... nak belajar dgn opah ana ... kami namakan bubur nie.. "BUBUR MADU ANAK LEBAH TIGA DARA" coznye yang menolongnye de 3 org anak dara (beradik-dik ana) ^_^ ... Jom kite tgk berjaya x MISI buat "BUBUR MADU ANAK LEBAH TIGA DARA"..OK... at the first... bahan2 mesti disediakan.. senang jer antaranyer....

Gula
tepung beras
santan
kapur
daun pandan

first mesti la kene perah santan.... nie time seronok ... ana mmg suka perah santan....
then masakkan santan td di dalam kuali or periuk ker.. tapi yang best masak dgn dapur kayu...


ok ye dik3 ... puan3... kak3.. masukkan santan yang diperah tadi... ^_^

masukkan daun pandan... bagi naik wangi dan harum bubur nie... pastikan sentiasa kacau tuk pastikan santan tadi xberbeku dan hangit di bwhnyer....


Kacau jgn x kacau... mmg panas time nie... tapi pegalaman yg best

then bubuh gula...2 kampit... untuk menyerlah rasa yang sedap dan memikat... sementara menunggu santan dgn gula tadi sebati... dan lebih masak... jom ke dapur... persiapan wat inti or anak lebahnyer....


ulikan tepung beras dgn sedikit air santan yang tgh masak tadi then ulikan...



ha.... nielah hasilnyer...^_^

ok.... kite hendak wat inti or anak lebah nie ke dalm santan tadi... tapikan xkn nk masuk seketul2 cam kat atas tu...hmmmm... cam ne nyer....???? ha... nielah nk citer... tuk wat anak lebah nie die ana acuannyer.... acuan nie wat sendiri jer... tuk ana yg watkan ... nk taw rupanye cam ne??? jom tgk kat bwh nie....


ha.. nielah acuannyer.. name pe lupa lak nk tye kat opah ana..^_^

then jom tgk cam ne yg wat dgn acuan nie.... at the first tuk wat anak lebah nie kene ramai org yg tolong... coz 2 org kene pgg acuan nie, 1 tekankan tepung adunan, kacau pada bubur tadi n 1 je tangkap gambar (he3.. nie keje samping jer)... tapi mmg panas + menangis (kene asap) + panas api dapur kayu + seronok + suka.^_^


Acuan itu akan dipegang di atas kuali tersebut


Anak lebah or inti or aduan tadi hendaklah tekan pada acuan tersbut then...jadilah anak lebahnyer...

haaa... nielah hasilnyer... anak lebah dah terbentuk.... dah jatuh bercurah2 dalm gandum (santan.. he3)


ha.. nielah hasilnyer.. subhanaAllah jadi gak akhir... tapi camne rasenyer yer...^_^

apelagi... raselah... nk taw rasernyer??? wah... mmg sedap (bukan angkat bakul sendiri yer ^_^) tapi terasa cam lori gula tertumpah dalam bubur nie.... he3... terlebih manis lakk.. ape2 mmg sedap... balik umah repair lik.. he3

Allahuakhbar mmg letih... klu bulan ramadhan mesti lagi... tapi rase cam nk raye jer sok nyer...^_^ pas asar... misi ke2 bersihkan halaman umah opah n tuk ana... lama x gotong royong...

nie keadaan sblum misi

semasa misi

dan hasilnyer....^_^


Alhamdulillah selesai kedua2 misi nie... di samping terlepas rindu pada opah n tok kami pulang ptg tu gak... sok keje... Alhamdilullah disamping dapt eratkan silaturrahim dapt juga pengalaman baru dn indah... SubhanaAllah...syukran Ya Allah... moga resepi tadi dpt dikongsi...(klu faham le..^_^)

sekian Wassalam...

Friday, May 28, 2010

KENAPA???





KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengankekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Bangkitlah wahai sahabat-sahabatku...





Tuesday, May 18, 2010

Muslimahku Sayang... Renungkanlah dan nilailah DIRIMU..!!!



Aurat....
Pendedahanmu adakah satu kenikmatan?
Atau mendedah diri ke arah kejahilan?
Liritan mata memandang adalah itu satu tujuan?
Apakah yang empunya jasad mahu menjadi tuntunan?
Atau sekadar menunjuk potongan badan?

Putihmu kulitmu satu penghargaan

Yang sawa matang turut perasan
cantik wajahmu itulah kebanggaan
Sanggup kau gadaikan melalui fesyen pakaian

Yang ketat menampakkan medan-medan seni memberahikan

Yang belah menampakkan celah-celah keenakan
Makhota rambut menjadi hiasan
biru merah di wajah saduran

Awas...

Apabilan jejaka mencecah keinginan
kelibat jantan mula berkeliaran
seluar panjang sudah dipendekkan
Mula terpancar keinginan mengawan
mata terbeliak bagai kucing merenung ikan

Awaslah...

Wahai si manis sepanjang zaman
Dari ditelan serigala kelaparan
tutuplah aurat demi keselamatan
itulah syariat suruhan Tuhan
Lambang identiti muslimah berwawasan...

Tuesday, May 11, 2010

WAHAI DAIE2KU SEKALIAN



Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri, Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah, Tersentuh dengan daulat-Nya Merasa terpikul amanah ad-deen ini. Bukan kerana kau berjemaah, Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.


Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya, Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya, Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu. Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang, Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya, Terlalu banyak kurang & salahmu.


Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi, Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan, Padanya ada bekalan Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.


Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu, Pada qiamullail di keheningan malam, Bersama bisikan doa & munajatmu, Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu, Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya, Di situ ada bekalnya... Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat, Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.


Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah, Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat, Di situketenangan dan kekuatanmu. Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja, Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati, Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit, Apatah lagi menghidupkan hati yang mati.


Amanahlah kau di hadapan manusia kerana kedaulatan Tuhanmu.
Namun rasailah kekerdilan dirimu Di hadapan qudrat dan iradatNya.

Renungan Kepada Daie2 diluar sana.... Copy from my sahabat Nadia...^_^

Tuesday, May 4, 2010

Kesibukan yang Mengerjah Diriku


Assalamualaikum...




Kepada shbt2 yang dikasihi dan dimuliakan sekalian serta setia pada ziarah antum di blog yg tidak seberapa nie.... asif sgt3 kerana ana tidak dpt nk mengedit blog ini kerana kesibukan menyiapkan report Latihan Industri yang akan tamat pada 11/06/2010.... dan ana kene berdaftar di Politeknik Ungku Omar pada 23/06/2010..... bermakna ana ade 1 1/2 bulan tuk menyiapkan report ini....

Diharapkan sahbt3 dapat mendoakan ana dpt menyiapkan laporan Latihan Industri ini dgn baik dan sempurna.... InsyaAllah....

Moga Allah memberi kekuatan pada diri ini dlam menghadapi ujian dan tarbiyyah kepada kite smua dlm mghadapi kesibukan dunia.... kesibukan ini melanda... teruskan dakwah ini kan teruskan juga tetapi juga memerlukan masa... moga Allah dpt bimbing hati3 kite ke jaln yg DiredhaiNye...

Jika ada kesempatan yg terluang ana akan mengedit blog ini.... InsyaAllah..

Syukran atas kesetiaan antum mengikut blog ini...^_^

Wallahu'alam....

Contohi Resmi Lebah

Rasulullah SAW menasihatkan umat agar selalu mencontohi resmi lebah.
Lebah adalah serangga yang mempunyai 3 sifat yang mulia lagi terpuji iaitu :

1) Dimana sahaja ia hinggap, ia tidak akan merosakkan tempat tersebut. Meskipun makanan (madu) diambil daripada bunga, namun bunga dan dahan tidak pula dirosakkan.

2) Lebah hanya mengambil dan mengeluarkan yang baik sahaja. Maknanya ialah pati bunga (madu) yang dipilih dan dikeluarkan untuk kegunaan. Madu ialah makanan yang sgt tinggi khasiatnya. Inputnya yang baik, outputnye juga baik.

3) Lebah tidak menggangu haiwan / makhluk lain. Apbila diganggu, lebah akan menuntut maruah dirinya. Walaupun haiwan / makhluk yang menggangunya terjun ke dalam air, lebah menanti di atasnye.

Petikan dari novel "TRAVELOG SEORANG DAIE"...Renung2kan dan pratikkan dlm kehidupan kite smua...InsyaAllah...