Jom Jadi Follower ana

Tuesday, May 4, 2010

Contohi Resmi Lebah

Rasulullah SAW menasihatkan umat agar selalu mencontohi resmi lebah.
Lebah adalah serangga yang mempunyai 3 sifat yang mulia lagi terpuji iaitu :

1) Dimana sahaja ia hinggap, ia tidak akan merosakkan tempat tersebut. Meskipun makanan (madu) diambil daripada bunga, namun bunga dan dahan tidak pula dirosakkan.

2) Lebah hanya mengambil dan mengeluarkan yang baik sahaja. Maknanya ialah pati bunga (madu) yang dipilih dan dikeluarkan untuk kegunaan. Madu ialah makanan yang sgt tinggi khasiatnya. Inputnya yang baik, outputnye juga baik.

3) Lebah tidak menggangu haiwan / makhluk lain. Apbila diganggu, lebah akan menuntut maruah dirinya. Walaupun haiwan / makhluk yang menggangunya terjun ke dalam air, lebah menanti di atasnye.

Petikan dari novel "TRAVELOG SEORANG DAIE"...Renung2kan dan pratikkan dlm kehidupan kite smua...InsyaAllah...

2 comments:

ImanCo said...

1st time ana baca.. jzkk
3 sifat dalam 1 nasihat yang berguna oleh qudwah hasanah..

Qolbiku said...

Afwan.... same3 ambik iktibar dan contohinya.. InsyaAllah

Ana pun first time baca nasihat Rasulullah SAW ini... tu yang ana share for all...