Jom Jadi Follower ana

Tuesday, March 30, 2010

Hina Allah n Rasul...

Assalamualaikum....

Dikesempatan ini ana nk berkongsi dgn antum semua... berkisah ttg menghina Nabi.... Subhannaallah ... ana ada terjumpa Facebook sahabat ana... mengenai comment yg menghina Allah n Rasulullah Saw.... comment tsersebut seperti dibawah...:




Firman Allah :
" Sesungguhnyer org yg menyakiti Allah dan Rasul-Nye, Allah akn melaknat mereka di dunia dan di akhirat dan menyediakan mereka azab seksa hina" ..(Surah Ahzab : 57)

Firman Allah :
" Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang Allah dan Rasul-Nye, maka sesungguhnye adalah baginye nereka jahanam serta ia kekal di dalamnye??? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang dahsyat" (Surah At-Taubah: 63)
Ayat ini menyatakan ancaman bagi sesiapa yang menentang Allah dan rasul. menghina dan mencerca nabi adalah penentangan terhadap rasul kerana merendah-rendahkan keperibadian insan yang maksum yang diamanahkan menyampaikan risalah Illahi.

Diriwayatkan Ibnu Munzir di dalam kitab Al-Awsot bahawa dikatakan kepada Ibnu Umar r.a :
“ Sesungguhnye seorg lelaki telah mencaci NABI SAW, maka Ibnu Umar berkata : Jikalau aku dengari, nescaya aku bunuh dia. Tidaklah kami mahu berbaik2 dengan orang yang mencaci NABI SAW”....

Mereka ini dikalangan orang yang menggunakan logik akal semata2 tanpa berpandukan iman n takwa... Para orientalis bersama misi mereka sedaya upaya mengajak manusia menyanjung kehebatan akal dalamdalam menyelesaikn semua perkara. Ini termasuk permasalahan akidah, syariah dan perkara2 yg suci di sisi Islam. Semua ini turut dibahas dan diolah dengan kebijaksanaan akal.Hasilnye lahirlah golongan manusia yang mengukur perkara2 bersangkut paut dgn akidah umat Islam berdasarkan kupasan akal...


Ini lah punca berlakunye seperti perbincangan di atas... tidak menggunakan iman tapi guna akal logik manusia yang terbatas ... SubhanaAllah... Ya Allah lindungilah dari berbuat terkutuk ini Ya Allah....


Renungan bersama : kite mmg serta Mesti marah apabila orang menghina Allah n Rasul secara terang-terangan tetapi cuba kite fikir apabila ade orang yang tidak laksanakan perintah Allah n Rasul, xtutup aurat, melakukan ape yang dilarang oleh Allah, melakukan maksiat n kemungkaran......
KENAPA KITE BERDIAM DIRI???? adakah itu perbuatan yang diredhai juga...???

Fikir2 n Renung2kan....serta Selamat berAmal...









9 comments:

Jamal Ali said...

Asatghfirullah,
ini dunia, bagaimana dengan sewaktu hari pembalasan, semasa orang dalam kebingungan dan ketakutan syafaat Junjungan SAW itu yang dipohon, untuk menolong diri yang tak tentu nasibnya.

Dan Rasulullah SAW itu akan menolong, menolong umatnya yang benar-benar cinta akannya, rugilah orang yang lupa pada baginda apatah lagi orang yang menghina baginda, keluar air mata darah sekalipun waktu ketika itu takkan ada pertolongan akan datang daripada baginda untuk orang-orang yang menghina Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW itu adalah kekasih Allah, sebesar-besar kekasih, sesiapa yang menghina baginda pasti akan mendapat kemurkaan Allah.Cuba bayangkan, seseorang insan pasti akan membela orang yang dicintainya amat. Itu insan, bagaimana dengan Allah SWT, kasih-Nya lebih besar daripada kemurkaan-Nya dan kasihnya itu adalah lebih besar dari kasih makhluk-Nya.

Menjadi tanggungjawab kepada kita untuk membela Rasulullah SAW selaku insan yang paling dicintai untuk menunjukkan kecintaan kita. Kita mesti berusaha semampu yang mungkin. Kepada Qolbiku teruskan usaha enti untuk membela Rasulullah.
Kepada mereka yang menghina Rasulullah, ingatlah ini dunia, mungkin kamu boleh buat sesuka hati kamu, di akhirat nanti tunggulah,baru kamu tahu langit itu tinggi atau rendah.

Qolbiku said...

syukran akhi... kongsi ilmu n tambahkan semangat ana tuk teruskan perjuangan... betul apa yang akhi katakan itu... tiada sape yg senang wenang menghina n mencerca manusia yg paling yg byk jasa pada umatnye... moga kiter dalam lindungan Allah supaya jauhkan perkara mungkar n menegakkan kebenaran n hak.. InsyaAllah...

MF said...

Astagfirullahal'adzim..
Yup stuju dgn qolbiku dgn ibnu jamaluddin bhw kita sbg umat Islam perlulah bngkit dr lena yg panjang..

Mmg, kita perlu ada rsa marah, itu shj xcukup.. Ssungguhnya, Allah tidak akn mengubah ssuatu kaum slagi mna mrk mengubah diri mrk sndiri..[qs 13:11]

Non-muslim brani mngutuk Islam itu mnunjukkan mrk sudah tdk takut pd kita.. Umat Islam sudah lemah kini, spt buih di lautan bak kata satu hadis..

Jd, umat Islam prlu bina kmbali kkuatan mrk, dn langkah pertama yg perlu diambil xlain xbkn adlh agr kita semua kmbali pd Qur'an..

Kt sni ada satu sajak yg mnarik.. Ana kongsikan agar kita dpt sma2 muhasabah diri..
http://ms.langitilahi.com/puisi-sampai-kapansehingga-bila/

Semoga Allah redha ats usaha kita.. Amin...

Qolbiku said...

syukran anta... InsyaAllah sama2 kite beramal n menegakkan Agama Allah.. Tapi Ingatlah Janji Allah pasti berlaku bahawa suatu hari nanti Islam akan menang...walaupun kite mybe xsmpat ade time kemenangan Islam nanti.... tapi kitelah Rantai2 perjuangan Rasulullah Saw... yang dapat membantu kepada kemenangan ISLAM.. wlpn xseberapa Allah sentiasa menilainye... TAKBIRR!!!..

Jamal Ali said...

InsyaAllah ya ukhti, insyaAllah,
Allahuakbar!!!

Mesintaip: said...

Daripada bahasa yang digunakan, penulis blog ini merupakan penduduk dari Sarawak. Kita tidak hairan dengan sikap mereka sebab memang itu sudah tugas dan sikap mereka terhadap Islam. Cuma yang kita kesal ialah dengan sikap sesetengah umat Islam sendiri. Pendekatan kita terlalu emosional, tidak secara hikmah. Ini penting kerana cara kita berdepan dengan non-muslim dalam negara Islam tidak sama dengan cara kita berdepan dengan non-muslim dari luar negara. Untuk makluman, penggunaan kalimah Allah sudah lama digunakan oleh penganut Kristian di Sarawak dalam kitab mereka. Kerana itu, apabila isu ini timbul, maka mereka menjadi keliru dan berasa pelik. Seperti yang saya katakan tadi, kita terlalu emosional. Melihat isu ini hanya di Semenanjung (majoriti Melayu), sedangkan Islam di Sarawak adalah majoriti. Budaya setempat menjadikan golongan non-muslim di Sarawak menjadi keliru. Malah, pengalaman saya sendiri mendekati golongan Kristian, agak mudah untuk kita menerangkan konsep ketuhanan kepada mereka. Ini kerana mereka sudah biasa menggunakan kalimah Allah, cuma kita perbetulkan sahaja konsep itu dari triniti kepada Esa. Kerana jika kita lihat cara pendekatan Rasulullah kepada golongan musyrikin Mekah, baginda sedar golongan musyrikin Mekah tahu bahawa Allah itu tuhan yang mencipta alam. Maka, tugas Rasulullah hanya memperbetulkan konsep (tauhid) yang sebenarnya sahaja kepada mereka. Sebab itu, dalam isu penggunaan kalimah Allah ini saya lebih suka pendekatan ilmiah lebih berhikmah digunakan berbanding pendekatan emosional.
Apa-apa pun ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja yang hanya sedikit ilmu ini.

Qolbiku said...

Syukran.... mesin taip atas perkongsian ilmu.. tapi saya bukan berasal dari sarawak... saya dr perak... melihat fenomana skrg terlalu sedih tuk diperkatakan... mmg emosinal tu perlu dan diiringi dgn tindakan... betul..??

" Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha tuk mengubahnye.."

bukan sekadar tin kosong sahaja...bising n emosinal je lebih tapi habuk pun xde tindakan nyer...

yang penting doa.. "Doa senjata orang mukmin.."

mmg tul saudara katakan isu kalimah Allah nie... mmg sudah lama digunakn sejak zaman dahulu lagi.. jika ditanye org2 kafir sape yg mencipta kamu, langit n bumi... mereka jawab Allah.. tetapi tapi dalam masa yg sama menyetukan Allah dgn menyembsh berhala n sebagainyer...

isu hina Allah n rasul juga perlu dititik beratkan supaya org3 kafir xsewenang2nyer menghina n memburuk2kan Islam... Islam agama ad-din.. jadi tanggungjwab kiter tuk pertahankan...

Wallahua'lam....

Mesintaip: said...

Saudaraku, maksud saya penulis blog tersebut (Lynette Lincoln dan Joanna Ann) yang berasal dari Sarawak.
Apa-apa pun, kita mohon agar mereka yang menghina Islam dan Nabi Muhammad ini dibukakan pintu hati mereka agar dapat melihat kebenaran dan keindahan Islam. Tidak mustahil ia boleh berlaku dengan izin Allah. Contoh apa yang telah berlaku kepada Daniel Streich bekas ahli Swiss People's Parti (SVP) dari Swistzerland yang suatu ketika dahulu terkenal dengan sikap anti Islamnya. Beliau bergiat aktif dalam kempen pengharaman pembinaan menara masjid di seluruh Switzerland. Kerana ketekunan beliau mengkaji al-Quran untuk tujuan mencari fakta bagi menghentam Islam, akhirnya beliau telah menemui kebenaran dan keindahan Islam. Beliau memeluk Islam pada November tahun lalu.

Qolbiku said...

ohhh... itulah yg ana keliru itu..coz nie adalah dari facebook bkn Blog... xpe2..salah faham jer..

InsyaAllah...kiter doakanlah..moga2 mereka diberikan oleh Allah untuk bertaubat... Ameen...