Jom Jadi Follower ana

Thursday, April 29, 2010

Si Huraisy

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu. begitulah kelebihannya yang Allah beri.

Wassallam.


Monday, April 19, 2010

MUSIBAH YANG MELANDA


Berita yang ana dgr dalam jam kul 11.00 malam, mata nie dah mengantuk akibat kepenatan di siang hari.... tetiba2 1 calling dari kak mimi ( kak dari PUO, kamsis).... terasa ade sesuatu yg telah berlaku... namun di tabah juga hati nie untuk mengangkatnya... yang menyatakan :

k.mimi : salam dik.... akak nk bgtaw kak mira
xccident.... kul 9.30 mlm tadi... skrg kat hospital ipoh

ana : Astagfirullah... yeke ke kak??? cam ne leh jadi??? cam keadaan die kak??

k.mimi : k.mira bru keluar dari bilik xray...3 jari die patah..

ana : SubhanaAllah (saat mencemaskan, rasa nk pi hospital time tu gak..)

k.mimi : dik, jgn la risau, die stabil sekrg...

Tidak dapat ana bayangkan... dia lah antara kak y
ang byk bagi semangat kat ana dlm perjuanagn nie... sakit demam ana dulu die antara kakak yg paling take care... hari ni die pula ditimba musibah... SubhanaAllah... Ya Allah lindungilah die n cepatkan kakakku nie sembuh.. seblm xccident tu k.mira de msj ana tye khabar.. tapi ana xreply coz time tu penat mybe mlm kang or sok ana nk reply... tetiba dpt berita cam nie... Ana redha nie merupakan UJIAN BG K.MIRA TUK HADAPINYE DAN ANA SERTA SHABT2 YANG LEN TUK MENERIMANYE...

malam itu sukar tuk tido bila dgr berita nie... xdpt dibayangkan bagaimana keadaan k.mira ketika nie... nasib ade sahabt2 len yg menemaninye dihospital.. pagi itu... ana berbincag kejadian yg menimba k.mira kepada parent ana... n diorg ajak pi lawat...hanya Allah je ketika tahu hati nie.. nilah yg diharapkan dpt pi melawat k.mira kat hospital. k.mira juga antara org yg kenal fmly n selalu dtg ke rumah.. wlpn time pratikal nie memisahkan ana n shbt2 len tapi dgn ziarahlah yg merapatkan kami... Indahnye Ukhuwah kerana Allah...

ana diberitahu k.mira ditempatkan di WAD 4B NO 25.... dlm perjalanan hati nie xsabo2 nk smpai... sampai je kat hospital Ipoh... ana jumpa ramai shabt2 yang juga dtg menziarah...SubhanaAllah sekali ana lihat kekuatan UKHUWAH KERANA ALLAH... time kak shu menunjukkan gmbr tgn k.mira yg patah 3 jari n kecederaannye.. Allah je taw betapa sakitnye yg hadapi oelh kakmira...

tapi ana kagum dgn die.. wlpn dlm keadaan sakit pun die keadaan tenang n sentiasa tersnyum membuatkan hati2 yg gelisah tgk keadaan menjadi sedikit tenang.. siap leh tye org len sihat ke x??? padahal kite yg patut tye cam tu... die seorg tabah...

Moga cepat sembuh kakku ( tudung merah jubah Itam)

kepada k.mira moga akak cepat sembuh dan dapat jwb exam xlama gi... serta tabah hadapi Ujian n Musibah yang Allah turunkan tuk kite... ujian or musibah nie merupakan kifarah dosa kite n mguji keimanan serta kesabaran kite... kami di sini sentiasa berdoa tuk kesejahteraan kak.. Amin...

Wednesday, April 7, 2010

Jangan bertindak melulu

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah.... selawat n salam kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat baginda... dikesempatan nie ana nk kongsikan 1 citer yang leh dijadikan pengajaran bersama... citer nie ana dengar time ana kecik2, mak ana citerkan, tapi ia membuat pengajaran bagi ana hingga kini.. jom kite ikutinyer :

Pernah suatu ketika dahulu kononnye ade sepasangan suami isteri yang tinggal di pendalaman dan mempunyai seorang anak kecil dan seekor kucing (comey) yang sangat taat n patuh pada tuannye.
Keluarga nie hidup bahagia dikediaman mereka.

Disebabkan Comey nie taat n patuh setiap arahan tuannye... maka tuannye memberi kepercayaan pada Comey ini untuk menjaga anak kecilnye semasa ketiadaan mereka pergi berkebun di pinggir hutan memandangkan tiada yang boleh menjaga anak mereke. Setiap hari macam biasa Comey sentiasa mengawasi anak mereka dengan baik dari segala gangguan dan ancaman yang merbahayakan kanak2 tersebut.

Setiap kali pasangan nie balik dari kebun, mereka mesti dapati anak mereka sihat n cergas... nie menambahkan kepercayaan kepada Comey n comey semakin disayang dan dipuji oleh pasangan nie... Comey pun semakin senang dengan keadaan itu...

Ditakdir suatu hari, apabila pasangan nie pulang ke rumah dengan keadaan penat.... didapati rumah mereka sunyi tanpa suara dari anak kecil mereka.. Biasanye setiap kali mereka pulang mereka akan dengar suara anak mereka bermain... tapi kali nie menghairankan kedua-dua pasangan nie dan segera masuk ke rumah untuk mengetahui apa yang terjadi..

Alangkah terkejutnyer mereka... mendapati anak mereka sudah mati di atas lantai.... Allahuakhbar... betapa sedihnyer pasangan nie, ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak... dalam keadaan sedih.. mereka mencari punca kematian anak mereka.... tetiba didapati muka Comey penuh dengan darah.... apa lagi... tidak disangka kucing yang selama ini dijaga, diberi makan dan belaian yang baik serta diberikan kepercayaan untuk menjaga anak mereka, dikala mereka mencari rezeki.... tapi ni kah balasan dari seekor kucing xkenang budi.. sanggup mencedera dan membunuh anaknyer... xcukup ker makan minum yang diberi... tempat tinggal dan layanan yang baik... sampai sanggup membunuh anak mereka....???

Kerana disebabkan terlalu seday dan marah kedua-dua pasangan memukul Comey hingga mati.... akhirnye tinggallah mereka tanpa anak n kucing yang menjadi penyeri hidup mereka dahulu... Selang beberapa selepas tu... tiba2 suami pasangan nie ternampak bangkai ular dibawah kerusi berhampiran dengan tempat anak mereka mati... suami tersebut memanggil Isterinye melihat bangkai tersebut yang penuh dengan darah yang sudah kering.... Tetiba si isteri terfikir sesuatu dan terus meraung memanggil nama Comey...

Si suami menjadi pelik melihat kelakuan isterinye, padahal Comey lah yang menyebabkan kematian anak mereka... dengan nada yang tersedu2 si isteri menerangkan pada si suami bahawa anak mereka mati kerana di patuk ular bukan Comey yang membunuhnyer.... Comey cuba mahu menyelamatkan anak mereka tapi tidak berjaya dan hanya dapat membunuh ular itu sahaja.... si isteri terus menangis...

Si suami masih benggung lagi, dan menanyakan apakah bukti semua citer isterinye itu.. kerana sepanjang peristiwa anak nye mati itu xde saksi yang melihatnyer, malah isterinye juga turut berada samanye di kebun...

Si isteri menerangkan bahawa pada tubuh anaknye tidak ada tanda2 cedera semasa die memandikan anaknye sebelum dikebumikan padahal di mulut comey penuh dengan darah dan bukti bangkai ular itu lah tanda bahawa Comey sebenarnye cuba menolong anak mereka tapi tidak berdaya..

Tahulah kedua-dua pasangan nie bahawa disaat mereka balik itu...comey cuba menerangkan apa yang berlaku... tapi die tidak dapat bercakap kerana seekor haiwan dan die tidak diberikan peluang tuk menunjukkan bukti.... maka menangislah kedua-dua atas perbuatan mereka yang melulu dalam membuat keputusan tanpa usul periksa perkara sebenarnyer.... rasa bersalah dan menyesal menghantui hidup mereka... dan mereka sendiri tidak dapat memaafkan diri mereka sendiri.....dan salah mereka juga meletakkan kepercayaan pada seekor kucing yang tiada akal pemikiran walaupun seekkor kucing yang taat.. sepatutnyer mereka lah yang bertanggungjawab atas kematian anak mereka wlpn didapati comey bersalah sekali pun.... kerana Comey adalah seekor haiwan... kekesalan itu timbul setelah apa yang berjadi membuat mereka sedar n insaf.....

sekian...

P/s: kepada sahabt2 marilah kite mengambil iktibar ape yang berlaku dalam citer nie.... moga2 kite sentiasa berhati2 dalam membuat keputusan terutama membuat keputusan dalam agama, antara hidup dan mati..... InsyaAllah....

Tuesday, April 6, 2010

Cinta Monyet....!!!!

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama


(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.




SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.


(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...


nak buat macam mana? Renungkan la.... CARILAH CINTA HAKIKI (CINTA ALLAH) SEBELUM KENAL CINTA MANUSIA....